Page 3 - IhyaRamadhan
P. 3

Bulan  Ramadan  adalah  bulan  yang  mulia  dan  penuh


                keberkatan. Allah SWT menciptakan bulan ini khusus untuk

                umat  Nabi  Muhammad  SAW.  Ganjaran  pahala  telah

                disediakan berlipat kali ganda sepanjang bulan ini. Antara


                amal  ibadat  yang  dituntut  untuk  dilaksanakan  seperti

                tadarus al-Quran, Solat Terawih, qiamullail, berzikir, iktikaf,

                bersedekah dan banyak lagi. Sebagai umat Islam kita amat


                digalakkan  untuk  merebut  peluang  keemasan  ini.  Justeru

                itu, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan program Ihya’


                Ramadan untuk semua warga SMKDAR.













                1.  Menghayati           dan       menghidupkan              keindahan          bulan

                    Ramadan.
                2. Mendekatkan  diri  kepada  Allah  SWT  dengan  amalan-

                    amalan sunat.

                3. Menyemarakkan budaya membaca al-Quran di kalangan

                    warga SMKDAR.
                4. Membentuk  akhlak  mulia  dengan  sifat-sifat  terpuji

                    melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.

                5. Memupuk  semangat  ukhuwah  di  kalangan  warga
                    sekolah.










                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8