Page 15 - LATEST BUKU PROGRAM MESY PIBG KALI KE-48 (edited 21 April 2021)
P. 15
13
4.6.1.2 Puan Fadilah meminta pihak sekolah membuat pemantauan
kebersihan kantin terutama dari segi masakan kerana beliau mendapat
laporan daripada anaknya bahawa ayam yang dimasak masih mentah
dan berdarah.
Puan Mazliza memaklumkan bahawa kantin sentiasa dipantau dari
semua segi. Pihak MBPJ dan Pejabat Kesihatan juga membuat
pemantauan berkala dan keputusan adalah baik. Namun pihak
sekolah akan memaklumkan agar pihak kantin lebih alert berkaitan
penyediaan makanan .
Makluman
4.6.2 Pembelajaran
4.6.2.1 Puan M Paramanathan memaklumkan bahawa guru tingkatan hanya
masuk satu hari dalam seminggu di kelas anaknya 1 Teratai.
Puan Gan Wan Yeat menjelaskan bahawa pihak sekolah telah
mengambil kira semua aspek sewaktu penentuan guru tingkatan. Puan
Cecilia merupakan guru tingkatan kelas 1 Teratai dan beliau mengajar
matapelajaran Pendidikan Seni iaitu hanya sekali dalam seminggu.
Namun beliau menjalankan perkara berkaitan kelas pada waktu-waktu
lain.
Makluman
4.6.3 Majlis Graduasi
4.6.3.1 Encik Omar Shariff memohon agar Majlis Graduasi Tingkatan 5
diteruskan dengan pemakaian jubah dan diadakan ditempat yang
sesuai.
Puan Mazliza memaklumkan Majlis Graduasi diteruskan tetapi ditukar
nama kepada Majlis Apresiasi. Pemakaian jubah dibatalkan untuk
mengurangkan kos bagi murid yang kurang berkemampuan
Makluman

