Page 3 - LATEST BUKU PROGRAM MESY PIBG KALI KE-48 (edited 21 April 2021)
P. 3

1


                                                                             KATA ALU- ALUAN PENGETUA





                                                      KATA ALU-ALUAN
                                             PN. RADZILAH BINTI MOHD RAFEE
                                           PENGETUA SMK (P) TAMAN PETALING



              BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,
              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

              Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang
              jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 dapat direalisasikan.

              Kita sedar bahawa dunia sekarang sedang menghadapi masalah COVID-19 bermula pada tahun 2020.
              Keadaan pandemik ini memberikan satu impak yang besar kepada negara kita terutamanya dalam
              bidang pendidikan. Pendidikan adalah bidang yang mencabar kerana bidang ini merupakan bidang
              yang  menuntut  perancangan  strategik  yang  teliti  dan  pragmatik,  kos  yang  besar  serta  jentera
              pelaksana  yang  cekap.  Pendidikan  juga  terdedah  dengan  tuntutan  perubahan  selaras  dengan
              perkembangan global dan serantau. Sesungguhnya, negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan
              atau terpinggir daripada kemajuan global jika bidang Pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak
              diuruskan dengan cekap dan berkesan. Kita akan ketinggalan sekiranya tidak berupaya bangkit untuk
              memenuhi tuntutan perubahan masa kini.
              Pada tahun 2021, SMK (P) TAMAN PETALING telah menempa kejayaan dan pencapaian yang lebih
              cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembentukan kemenjadian murid yang terbaik.
              Oleh sebab itu, semasa negara kita dilanda COVID-19, pihak sekolah telah mencuba sedaya upaya
              untuk memberikan yang terbaik kepada murid. Pihak sekolah bertungkus lumus memberikan modul
              setiap subjek kepada semua murid. Selain itu, pembelajaran secara bersemuka melalui google meet
              dan juga kaedah-kaedah yang lain  bermula pada tahun 2020 lagi. Justeru, usaha dan komitmen yang
              mantap daripada pihak sekolah dan juga hasil gabungan daripada PIBG SMK (P) Taman Petaling.
              Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG yang memberikan kerjasama dalam
              menjayakan aktiviti-aktiviti di sekolah SMK (P) TAMAN PETALING. Besarlah harapan pihak sekolah
              agar Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik nanti turut bekerjasama  dalam memberikan komitmen
              yang diperlukan. Jawatankuasa PIBG harus bekerjasama dengan pihak sekolah terutamanya dalam
              memperoleh  dana  yang  mencukupi  daripada  pelbagai  sumber.  Maka,  dana  kementerian  yang
              disalurkan hanya cukup bagi sekolah beroperasi dalam keadaan biasa-biasa sahaja. Namun, untuk
              menjadi sekolah yang luar biasa dan cemerlang, dana yang lebih besar amat diperlukan dan disinilah
              PIBG  berperanan  membantu  sekolah  memperoleh  dana  bagi  melonjakkan  kecermelangan  dalam
              pelbagai aspek sesuai dengan peranan dan fungsi PIBG yang termaktub dalam Perlembagaan 1998
              dan Akta Pendidikan 1996.

              Bagi pengetahuan hadirin  semua,  SMK (P) TAMAN PETALING merupakan salah sebuah sekolah
              yang  terlibat  dalam  Program  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25).  Hal  ini  demikian  kerana,  usaha
              Kementerian  Pendidikan  Malaysia  ke  arah  meningkatkan  kemenjadian  murid  dan  sekolah
              berkualiti.Antara   matlamat  dan  Teras  TS25  ialah  mempunyai  tiga  objektif  Program  Transformasi
              Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-
              sekolah  di  Malaysia  pada  tahun  2025,  iaitu  memantapkan  kepimpinan  sekolah,  memaksimumkan
              potensi  guru  dan  murid  menerusi  peningkatan  kualiti  pembelajaran  dan  pengajaran  serta
              mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Oleh itu,
              TS25 berkait rapat  dengan moto sekolah SMK (P) TAMAN PETALING  iaitu usaha sepenuhnya kearah
              kecemerlangan.  Akhir  kata,  saya  ingin  menyeru  kepada  semua  ibu  bapa  agar  sama-samalah  kita
              menggembleng dan memacu tenaga bagi menjamin hasrat sekolah ini tercapai .
              Sekian Terima Kasih.
   1   2   3   4   5   6   7   8