Page 4 - LATEST BUKU PROGRAM MESY PIBG KALI KE-48 (edited 21 April 2021)
P. 4

2


                                                                   KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG







                                                   KATA ALU-ALUAN
                                             EN.RAMESH K. KUMARAGURU
                                            YANG DIPERTUA PIBG SMK (P) TAMAN PETALING





             Salam Sejahtera.

             Syukur kepada Tuhan kerana pada pagi yang indah ini, kita dapat sama-sama turut serta dalam Google
             - Meet ini, menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48. Sesi 2020 / 2021 merupakan tahun-

             tahun  yang  amat  mencabar  buat  kita  semua.  Seluruh  dunia  terkesan  dengan  pandemik  COVID-19.
             Kesannya masih kita rasai sampai sekarang sehingga perjumpaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
             pada kali ini terpaksa kita laksanakan dalam norma yang baharu.



             Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua ahli jawatankuasa yang
             telah sudi berkhidmat secara sukarela demi kebaikan dan kepentingan anak-anak di SMK (P) Taman

             Petaling.  Kesepaduan  dan  permuafakatan  yang  tinggi  daripada  warga  PIBG  amat  diperlukan  bagi
             menjayakan setiap program yang akan dijalankan. Oleh itu, saya berharap agar kerjasama dua hala
             yang terjalin antara ibu bapa dengan pihak sekolah akan terus berkekalan untuk merealisasikan semua
             program yang akan dirancang ke arah kecemerlangan anak-anak kita semua.



             Tidak  dapat  dinafikan  bahawa  PIBG  mempunyai  peranan  saling  melengkapi  terhadap  fungsi
             Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana dan kemudahan untuk memastikan
             suasana  sekolah  menjadi    kondusif  untuk  murid-murid  menimba  ilmu.  Oleh  itu,  sepanjang  tempoh
             pandemik ini, pelbagai projek berjaya dilaksanakan oleh pihak PIBG untuk keselesaan murid-murid.
             Antaranya ialah projek membaik pulih Makmal Sains, menaik taraf Bilik SPA 21, pemasangan kisi-kisi
             tingkap di Kelas 5 SK, menceriakan tandas guru dan murid serta telah membeli 10 set tiang penjarakan

             sosial.  PIBG  juga  telah  membiayai  pembelian  P.A  Sistem  yang  baharu  untuk  kegunaan  sesi
             perhimpunan di Dataran Puteri.


             Akhir sekali, saya dan barisan AJK PIBG sesi 2020 / 2021 mengambil peluang ini untuk mengucapkan

             terima atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak. Besarlah harapan saya
             agar kita dapat memainkan peranan masing-masing bagi mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah

             dengan  ibu  bapa  untuk  mencapai  kejayaan  yang  lebih  berkesan.  Saya  juga  mengharapkan  agar
             mesyuarat kali ini akan menjadi satu medan terbaik kepada kita untuk menyalurkan idea yang bernas
             demi kemenjadian anak-anak kita sekali gus menaikkan imej SMK (P) Taman Petaling.



             Sekian, terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9