Page 6 - MAULIDUL RASUL SK SERI KELANA
P. 6

Baginda (ص)  tetap mengatakan kebenaran walaupun pahit,

               Tak pernah dirinya menyimpan dendam didalam hati,


               Lagi tak pernah bohong atau membahayakan orang Musyrik.



               Siapapun yang pernah melihat wajah baginda (ص)


               akan segera tahu, bahawa baginda bukan seorang penipu,

               Dirinya bukan seorang pengumpat, apatah lagi seorang pencela.




               Baginda (ص)  jika gembira, wajahnya bagai belahan bulan,

               Bila berbicara kepada manusia, seolah-olah mereka memetik buah
               nan manis dari bicaranya itu.

               Pabila baginda tersenyum, maka senyumanya itu sesejuk titisan

               embun.

               Dan apabila berkata-kata, seakan butiran mutiara berjatuhan dari
               perkataannya.




                                       Karya ini telah dipetik dari petikan;

                       Kitab Maulid Al Diba’i karya Ulama besar Hadith Al-Imam

                Wajihuddin Abdur Rahman bin Muhammad Ad Diba’I Asy- Syaibani
                                                            R.A
   1   2   3   4   5   6   7   8