Page 18 - BULETIN
P. 18

Minda Kelas Pertama Dalam Kalangan Pemimpin Sekolah: Satu
                        Tinjauan Bersasar Sekolah Daerah Johor Bahru


                Salleha Abd Kahar, Jaafar Jamian,  Raziah Abdul Rahim dan Poonkuzhali
                                                 Palaniandy

          Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan kerajaan pimpinan mantan
          Perdana Menteri ke-5 Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2006
          ialah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta
          memupuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat jelata. Minda merupakan psikik
          sistem dan proses yang unik dan dinamik di dalam otak manusia. Minda terbahagi kepada
          tiga fungsi iaitu minda fikir, minda perasaan dan minda kemahuan. Penjanaan minda
          bermaksud menggunakan intelektual dalam otak melalui berbagai teknik don pendekatan
          untuk menghasilkan satu pilihan dan keputusan terbaik untuk semua.

               Penjanaan minda boleh membentuk minda kelas pertama iaitu mereka yang berfikiran
          agung, global dan total. Manusia minda kelas pertama berfikiran ke hadapan untuk mencapai
          visi yang ditetapkan. Manusia minda kelas pertengahan pula sedar keperluan cara berfikir
          dan melatih serta mengamalkan. Mereka cuba memperbaiki diri tetapi kurang berlatih.
          Manusia minda kelas ketiga adalah mereka yang tercabar pemikirannya disebabkan sesuatu.

               Minda mereka tidak reflektif sehingga mereka tidak menyedari masalah tentang cara
          mereka berfikir. Penjanaan minda sehingga membuat seseorang berminda kelas pertama akan
          menghasilkan beberapa tabiat minda yang boleh membantu menghasilkan tingkah laku yang
          boleh membantu diri sentiasa dinamik, kreatif, responsif dan kritis. Sebagai pegawai di
          bidang pendidikan yang berminda kelas pertama sudah pastinya produk akhir bukan sahaja
          bernilai tambah, tetapi mampu menghasilkan nilai yang mempunyai perbezaan signifikan
          untuk melahirkan insan kamil. (Ismail Ilias, 2006).

               Untuk melihat persoalan ini dengan lebih jelas dan objektif, tinjauan telah dijalankan
          oleh kumpulan bimbingan 2 PPD Johor Bahru yang dianggotai Pn. Hjh Salleha bt Abd Kahar
          (SIP+), En. Jaafar bin Jamian (SISC+), Pn. Hjh Raziah bt Abdul Rahim (SISC+) dan Pn.
          Poonkuzhali a/p Palaniandy (SISC+). Tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan
          instrumen yang dibangunkan khas oleh kumpulan ini untuk melihat lebih dalam berkaitan
          kedudukan dan status kelas minda pemimpin sekolah kumpulan 2 dalam daerah Johor Bahru.
          Apa yang menariknya, dapatan tinjauan ini rata-rata pemimpin sekolah kumpulan ini
          menunjukkan mereka berada pada tahan minda kelas pertama walaupun tidak semua
          mencapai lima bintang.
               Tinjauan kelas minda ini akan dijalankan pada skala yang lebih besar pada masa akan
          datang untuk melihat trend dan gaya berfikir pemimpin sekolah dalam daerah Johor Bahru
          samada kelas pertama lima bintang atau sebaliknya. Berikut merupakan antara dapatan yang
          diperolehi dari tinjauan ini. Mereka dikelaskan dalam kluster sekolah berdasarkan tahap
          pencapaian akademik dari rendah, sederhana dan tinggi.
   13   14   15   16   17   18   19