Page 4 - BULETIN
P. 4
PERANAN MAJLIS PERHUBUNGAN GURU
SARJANA DALAM
MEREALISASIKAN PPPM 2013-2025.
‘Mengimaginasi Kecemerlangan Majlis Guru Sarjana Johor Bahru’
merupakan bingkisan idea daripada perbincangan yang telah
berlangsung di antara Ahli-ahli Jawatankuasa Guru Sarjana
untuk membantu membangunkan aspirasi negara untuk menjadi
sebuah negara yang maju dari segi pendidikan. Dengan ini,
Majlis Sarjana Guru Johor Bahru telah menjemput YB Tuan Haji
Aminudin Bin Adam Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Operasi Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menjayakan program yang unggul ini. Beliau juga meupakan
Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Menurut beliau, Daerah Johor Bahru pernah menjadi daerah
terbaik dari pelbagai aspek di negeri Johor khususnya dan
Malaysia amnya dengan penglibatan guru sarjana secara aktif.
Kelebihan yang ada di daerah Johor Bahru sepatutnya
diteruskan dengan momentum kecemerlangan yang pernah
dirintis oleh pemimpin terdahulu. Guru sarjana mempunyai
kepakaran tersendiri yang perlu digembleng untuk mencapai
hasrat PPPM iaitu kemenjadian murid, guru kualiti, pemimpin
berkesan dan aktif. Gerak kerja guru sarjana adalah menuju
kepada gagasan sekolah kualiti dan tranformasi 2025.
Guru Sarjana melalui Majlis Perhubungan perlu sekerap
mungkin menjalankan R&D berkaitan sistem pendidikan di
Malaysia dan antarabangsa. Guru sarjana perlu menguasai
konsep un-pack curriculum (merungkai dan merangkai) dari
DSKP-RPT-RPH.
Murid perlu diberi keadilan dengan tidak membunuh
kreativiti mereka dan tidak mengamalkan ujian setara serta
menekan mereka. Mengapa tidak mengguna pakai data
psikometrik dalam mengkelaskan murid? Guru sarjana perlu
memikirkan kaedah bagaimana mewujudkan iklim dan
atmosfera happy di sekolah sebelum melahirkan murid yang
kreatif dan kritis.

