Page 2 - MAJLIS HARI GURU DAN PERSARAAN 2022
P. 2

Majlis Persaraan adalah aktiviti yang dijalankan setiap kali ada warga sekolah yang bersara
       dari perkhidmatan di sekolah ini, sama ada Pentadbir, guru akademik mahu pun staf sekolah.
       Melalui aktiviti yang dijalankan, ia merupakan satu acara bagi menghargai warga kerja yang

       telah lama berkhidmat di sekolah dan diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada
       semua warga sekolah bahawa perkhidmatan mereka telah berakhir. Melalui program yang

       dijalankan, ia dapat memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan
       seseorang pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan
       harapan majlis itu nanti akan dikenang sepanjang masa. Berdasarkan kepada dasar yang

       diperkenalkan oleh KPM mengenai Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengenai warga emas
       yang masih boleh menyumbang kepada komuniti untuk diberikan penghargaan dan

       pengiktirafan, diharapkan majlis ini dapat memberikan impak kepada golongan muda agar
       sentiasa bekerja dengan tekun dan ikhlas agar sentiasa      menjadi contoh agar diri dihargai
       sehingga ke hari terakhir perkhidmatan mereka. Malah mereka juga masih boleh memberi

       sumbangan kepada komuniti walaupun mereka sudah bersara.









                             Para pendidik dan AKP SMK Putrajaya Presint 11 (2)









        Majlis Hari Guru dan Persaraan tahun ini ini bertujuan untuk mencapai objektif yang

        digariskan seperti berikut:


         mengadakan majlis perpisahan bagi menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat di SMK

             Putrajaya Presint 11 (2).
         memupuk semangat menghargai di dalam diri dengan pemberian ikhlas dari sudut sosio

             emosi, sahsiah, kognitif dan bahasa dalam aktiviti yang dijalankan.
         guru yang bersara dapat berkongsi pengalaman kepada warga sekolah untuk dijadikan
             panduan dan ikhtibar.

         Mengekalkan dan mengeratkan lagi ikatan kasih antara guru-guru dan juga staf sokongan
             agar dapat meneruskan kerjasama demi kecemerlangan sekolah.
   1   2   3   4   5   6   7