Page 8 - KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
P. 8
• 4) Pecahan daripada kaedah
• a. Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya
• Contonya ialah wanita yang ditalak rajie iaitu membuat pengakuan bahawa ia masih dalam keadaan suci dan iddah belum habis. Dibenarkan akuannya serta berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Kerana asalnya kekal iddah hinggalah yakin iddah telah tamat.
• Selain itu, Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah. Di mana isteri membuat pengakuan suaminya tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan pakaian kepadanya. Pengakuan isteri itu yang diterima. Alasannya kerana asalnya nafkah tersebut adalah tanggungjawab suami dan ia belum diberikan
• b. Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya
• Contohnyaa seseorang mempunyai hak atau diberikan kebenaran menggunakan jalan di hadapan rumah orang lain semenjak dahulu kala, pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya. Selain itu, seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada dalam tanah
orang lain yang telah berlaku semenjak sekian lama. Tuan tanah tidak berhak menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui asal mulanya
PENERANGAN
• c. Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab
• Contohnya penjenayah yang melukakan seseorang mengatakan : `Itulah 1 kesan luka yang saya cederakan awak’. Namun mangsa mengatakan : `Awak cederakan saya pada 2 tempat’. Pengakuan yg diterima ialah kata2 penjenayah kerana asalnya ia bebas drp tanggungjawab
• d. Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan
• Contohnya, seorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Sekiranya ikrar dalam keadaan memberi keputusan atau kehakiman ikrarnya diterima. Jika dalam keadaan orang biasa atau bercerita tentang perkara lalu, ia tidak diterima sebagai keputusan
• e. Asal segala sesuatu itu tiada
• Contohnya, seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya ada kerosakan, sedangkan penjual menafikannya. Diterima pengakuan penjual, kerana asalnya kecacatan pada barang dijual tiada
• f. Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu, selagi tiada dalil menyalahinya
• Contohnya, seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada hidup atau mati. Harta pemilikannya tidak dapat diwarisi sesuka hati. Kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar dari rumah dahulu, sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya
• g. Asal setiap yang berlaku diambil kira masa paling hampir
• contohnya, seseorang lelaki memukul perut wanita mengandung, kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam keadaan hidup dan sihat dalam jangkamasa tertentu. Tidak berapa lama kemudian, bayi itu meninggal dunia. Lelaki yang memukul perut wanita tersebut tidak dikenakan tanggungjawab, kerana kemungkinan bayi itu mati sebab lain
• h. Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya
• Contohnya, suatu ketika Rasulullah saw melihat para sahabat di Madinah bersusah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan bunga kurma supaya buahnya lebih bermutu. Lantaran, Baginda menyarankan supaya mereka tidak perlu bersusah payah begitu. Namun ternyata jika bunga tamar tidak dikahwinkan menyebabkan buahnya kurang baik
mutunya. Selepas peristiwa itu, Baginda menyerahkan urusan yang berkaitan keduniaan kepada umatnya. Hadis riwayat Anas bin Malik yang bermaksud `Kamu lebih mengetahui dalam hal yang berkaitan dengan urusan keduniaanmu’.

