Page 5 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 5
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul dalam satu majlis
permuafakatan antara ibu bapa dan guru untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung
Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa yang sudi bersama-sama menyertai majlis pada hari ini
untuk membantu dalam meningkatkan kecemerlangan murid SMK Putrajaya Presint
9(2).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah SMK Putrajaya Presint
9(2) atas kejayaan SPM 2020 khususnya kepada semua guru SMK Putrajaya Presint
9(2) yang sangat komited dan dedikasi yang mengalas cabaran mendidik murid secara
norma baharu. Kerjasama daripada pihak ibubapa juga diucapkan ribuan terima kasih
yang menjadi pendorong kejayaan anak-anak SPM 2020. Semoga usaha yang baik ini
dapat kita teruskan untuk kejayaan sekolah SMK Putrajaya Presint 9(2) pada masa
akan datang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dunia telah dilanda bencana covid-19.
Sehubungan dengan situasi ini , sesi persekolahan juga telah bertukar daripada sesi
pembelajaran bersemuka kepada sesi pembelajaran di rumah. Pihak sekolah juga tidak
terkecuali berusaha mengorak pelbagai strategi untuk memantapkan sesi PdPR untuk
semua murid SMK Putrajaya Presint 9(2). Guru-guru diperkasakan dengan ilmu dan
aplikasi terkini untuk digunakan dalam sesi PdPR dan semua murid juga diberikan
pendedahan sepenuhnya untuk menyesuaikan diri dengan proses pembelajaran
secara norma baharu.
Besarlah harapan saya agar kita terus berganding bahu untuk menerajui SMK Putrajaya
Presint 9(2) ke arah kegemilangan dalam aspek akademik, kurikulum, dan sahsiah
terpuji. Anak-anak didik sekolah ini merupakan aset berharga untuk agama, bangsa,
dan negara pada masa akan datang.
Saya meyakini kemampuan dan segala perancangan daripada PIBG pastinya
bermatlamat untuk mempersiapkan anak-anak didik sekolah ini bagi aspirasi
gelombang ke-2, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan juga
merealisasikan motto IB World School SMK Putrajaya Presint 9(2) ke arah Nurturing
Global Citizen sama-sama kita melangkah ke hadapan.
Akhir kata, saya berharap agar Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan menjadi saluran
yang terbaik kepada kita untuk bersama-sama menyumbangkan idea dan tenaga demi
kejayaan anakanak didik sekolah ini pada masa hadapan dengan lebih gemilang.
Sekian, terima kasih.
“NURTURING GLOBAL CITIZENS”
Hassim Bin Markom
Pengetua
SMK Putrajaya Presint 9(2)
International Baccalaureate School
4

