Page 6 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 6

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Salam Ceria.

              Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan segala nikmat yang diberi dapat
              saya mengambil kesempatan ini melahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
              kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
              dan Guru, SMK Putrajaya Presint 9(2) pada hari ini secara dalam talian.

              Saya  mengharapkan  agar  hubungan  baik  yang  sedia  terjalin  antara  ibu  bapa  dan  warga
              pendidik di sekolah ini bertambah erat. Mesyuarat Agung ini merupakan satu wadah terbaik
              untuk mengeratkan hubungan dan peluang untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan
              dan keperluan sekolah  terutama dalam menghadapi sesi persekolahan secara norma baharu
              akibat bencana covid-19 yang telah melanda negara bermula Mac 2020. Sehubung dengan
              bencana ini pelbagai program yang telah dirancang oleh PIBG terpaksa ditangguhkan ke suatu
              tarikh yang akan datang.

              Kejayaan dan kecemerlangan yang diraih pada tahun 2020  adalah hasil daripada kegigihan
              dan usaha gigih murid, ibu bapa dan guru-guru dengan penuh komited dan dan istiqamah. Yang
              pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek jika tiada kerjasama daripada
              semua  pihak.  Tahniah  kepada  SMK  Putrajaya  Presint  9(2)  yang    melakar  kejayaan  dalam
              peperiksaan SPM 2020 . Gred purata sekolah telah meningkat ini membuktikan kejayaan dapat
              dicapai hasil kerjasama guru, ibubapa dan murid yang sama-sama berusaha dan berkorban
              untuk  mencapai  keputusan  yang  cemerlang.Permuafakatan  dan  toleransi  sikap  saling
              membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci
              kepada kejayaan tersebut.

              Sekalung tahniah kepada warga sekolah dan PIBG SMK Putrajaya Presint 9(2) atas pelbagai
              pelbagai  kejayaan  dan  pengiktirafan.  Terima  kasih  kepada  seluruh  warga  pendidik  SMK
              Putrajaya Presint 9(2) International Baccalaureate (IB) World School yang telah melaksanakan
              segala  perancangan,  melaksanakan  tugas,  amanah,  dan  tanggungjawab  mendidik  serta
              membimbing anak-anak kami.

              Akhir kata, bagi pihak AJK PIBG Sesi 2019/2020 saya menyusun sepuluh jari memohon maaf
              sekiranya  terdapat  sebarang  kesilapan  dan  kekurangan  dalam  tempoh  setahun  menggalas
              tanggungjawab. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada semua warga SMK Putrajaya Presint
              9(2) atas kepercayaan, amanah, segala bantuan, dan sokongan yang telah diberikan secara
              berterusan dan penuh keikhlasan. Kejayaan dan kecemerlangan hari esok ialah hasil usaha
              kita pada hari ini. Saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat
              serta keberkatan daripada-Nya.

              Sekian.  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




              Mohd Tahir bin Mohamad
              Yang Dipertua
              Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2019/2020
              SMK Putrajaya Presint 9(2)
              International Baccalaureate World School


                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11