Page 23 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 23
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI PIBG
1.1 Majlis mengambil makluman:
1.1.1 En. Zaini bin Haji Md. Isa selaku Pengerusi PIBG mengucapkan salam dan ribuan terima
kasih serta mengalukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG
pada kali ini.
Tindakan : Makluman
1.1.2 En. Zaini bin Haji Md. Isa membacakan isi kandungan buku mesyuarat agung PIBG.
Tindakan : Makluman
1.1.3 En. Zaini bin Haji Md. Isa meminta semua yang hadir untuk menyemak buku mesyuarat
agung yang mengandungi 44 halaman.
Tindakan : Makluman
1.1.4 En. Zaini bin Haji Md. Isa juga memohon hadirin untuk menyemak minit mesyuarat agung
kali ke-27 yang lalu dan memohon supaya wakil yang hadir membuat pengesahan.
Tindakan : Makluman
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Norlia bt Ahmad mencadangkan minit mesyuarat PIBG kali ke-27 (halaman 17 hingga
halaman 27 dari buku mesyuarat) diterima dan disahkan. Puan Hamizah bt Mohd Husain
menyokong minit ini tanpa pindaan.
Tindakan : Makluman
3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI BAGI SESI 2019/2020
3.1 Cik Nur Ain bt Kamarudin selaku Setiausaha sesi 2019/2020 telah membentangkan laporan
tahunan aktiviti dengan merujuk buku laporan Mesyuarat Agung PIBG pada muka surat 28
daripada aliran Perdana dan aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sepanjang tahun
2019.
Tindakan : Makluman
3.2 Cik Shareyah bt Sulaiman mencadangkan laporan pengesahan untuk aktviti sekolah bagi tahun
2019 ini diterima dan hadirin sebulat suara menerima dan mengesahkan laporan.
Tindakan : Makluman
23

