Page 24 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 24
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN BAGI SESI 2019/2020
4.1 Pn. Nafizah bt Abdullah selaku bendahari PIBG telah membentangkan Laporan Penyata Kewangan
PIBG sesi 2019/2020 ( Rujuk lampiran 1 ).
Tindakan : Makluman
4.2 Pn. Nafizah bt Abdullah membaca laporan kewangan bagi tahun 2019 bagi aliran perdana pada
halaman 29 dan 30 manakala bagi aliran PPKI pula pada halaman 31 yang terdapat dalam buku
mesyuarat agung.
Tindakan : Makluman
4.3 Pn. Nafizah bt Abdullah memaklumkan bahawa baki wang aliran perdana ialah sebanyak
RM25182.70 manakala baki wang bagi aliran PPKI pula ialah sebanyak RM4636.07. Jumlah baki
bagi kedua-dua aliran ini ialah RM 29818.77.
Tindakan : Makluman
4.4 Pn. Nafizah turut memaklumkan bahawa jumlah baki keseluruhan bagi kedua-dua aliran ini ialah
RM29818.77.
Tindakan : Makluman
4.5 Pn. Siti Zaleha bt Salleh mencadang dan mengesahkan laporan kewangan tahunan diterima.
Laporan kewangan disahkan oleh Pn. Sarina bt Mohd Khalil.
Tindakan : Makluman
5.0 PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit.
Tindakan : Makluman
6.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2020/2021
6.1 Yang Dipertua PIBG membubarkan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020.
Tindakan : Makluman
6.2 Cik Shareyah bt Sulaiman mencadangkan En. Zaini bin Hj. Md. Isa untuk kekal sebagai Yang
Dipertua PIBG bagi sesi 2020/2021. Pn. Siti Salinah bt Mohd. Salleh menyokong dan
mengesahkan cadangan. Pn. Norzihan bt Salleh ibu keapad murid tingkatan 1 Angsana
mencadangkan untuk kekalkan YDP PIBG yang lama. Pn. Norlia bt Ahmad mencadangkan
cadangan ditutup dan Cik Sailee bt Said menyokong cadangan ditutup.
Tindakan : Makluman
6.3 Bagi jawatan Setiausaha dan Naib Setiausaha PIBG, pihak sekolah telah melantik Pn. Nurul Aqilah
bt Johari sebagai setiausaha dan Cik Anis Waheda bt Zullkifli sebagai Naib Setiausaha bagi sesi
2020/2021. Perlantikan ini telah dipersetujui sebulat suara.
Tindakan : Makluman
24

