Page 25 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 25
6.4 Manakala bagi jawatan Bendahari dan Naib Bendahari PIBG, pihak sekolah telah melantik Pn.
Nadhirah bt Shamsuddin sebagai Bendahari dan Pn. Suhana bt Mohd Suhaimi sebagai Naib
Bendahari SMK Yaacob Latif bagi sesi 2020/2021. Perlantikan ini telah dipersetujui sebulat suara.
Tindakan : Makluman
6.5 Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertua PIBG dan penasihat PIBG telah bersetuju dan
menyerahkan urusan pengeluaran wang di Public Bank Berhad, nombor akaun 3065623524 atas
nama PIBG SMK Yaacob Latif di bawah tanggungjawab Pengerusi (En. Zaini b. Hj Md Isa,
610315045317) atau Setiausaha (Pn. Nurul Aqilah Bt Johari, 931129085996) atau Bendahari (Pn.
Nadhirah Bt Shamsuddin, 910326065692). Dengan itu, dua daripada tiga nama di atas diberi
kuasa untuk menandatangani urusan pengeluaran wang PIBG SMK Yaacob Latif. Mesyuarat ini
dipersetujui oleh semua ahli dengan sebulat suara tanpa bantahan.
Tindakan : Makluman
6.6 Bagi jawatan Naib Yang Dipertua PIBG, Pn. Aishah bt Abd. Ghani telah mencadangkan En.
Shamsul bin Barum untuk menggalas tanggungjawab ini. Cadangan ini disokong oleh Pn. Azlima
bt Ahmed.
Tindakan : Makluman
6.7 Pelantikan NYDP PIBG yang seterusnya oleh Pn. Jamilah yang mencadangkan En. Shahrizal
untuk menjadi NYDP PIBG. Cadangan disokong oleh Pn. Mahani.
Tindakan : Makluman
6.8 Pn. Assemah mencalonkan Pn. Nirmala sebagai NYDP PIBG dan disokong oleh Pn. Roszita.
Tindakan : Makluman
6.9 Cik Faizah bt Ab. Wahab mencadangkan Pn. Siti Zaleha dilantik sebagai ajk PIBG dan disokong
oleh Pn. Assemah dan Pn. Norlia bt Ahmad.
Tindakan : Makluman
6.10 En. Mohd. Faizal bin Abdullah mencalonkan En. Johari dan pencalonan disokong oleh Pn.
Assemah.
Tindakan : Makluman
6.11 Pn. Hamizah mencadangkan En. Abdul Rahman dilantik sebagai ajk PIBG dan cadangan disokong
sebulat suara oleh ahli majlis.
Tindakan : Makluman
6.12 Pn. Suhana mencadangkan En. Faizal bin Abdullah untuk menjadi salah seorang ahli
jawatankuasa PIBG.
Tindakan : Makluman
6.13 Pn. Nadhirah mencadangkan En. Umar bin Agil untuk menjadi ahli jawatankuasa PIBG dan
disokong oleh Pn. Roszita bt Md. Toff.
Tindakan : Makluman
25

