Page 27 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 27
6.22 YDP PIBG membacakan anggaran perbelanjaan bahagian bidang kurikulum bagi tahun 2020
pada halaman 36, bahagian Hal Ehwal Murid bagi tahun 2020 pada halaman 37, anggaran
belanjawan bidang kokurikulum bagi tahun 2020 pada halaman 38 dan anggaran
belanjawan bidang Pendidikan Khas Integrasi bagi tahun 2020 pada halaman 39 yang
terdapat dalam buku mesyuarat agung.
Tindakan : Makluman
7.0 MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL
7.1 En. Zaini bin Haji Md. Isa memaklumkan kepada para ibu bapa dan guru-guru, hanya usul pihak
ibu bapa atau penjaga yang hadir sahaja akan dibacakan. Hal ini kerana, kesemua wakil ibu bapa
atau penjaga yang telah menghantar usul, tidak hadir pada hari mesyuarat agung PIBG dan
sehubungan dengan itu, usul tidak dibacakan.
Tindakan : Makluman
7.2 En. Zaini bin Hj. Md. Isa juga memaklumkan jika ada pembuat usul yang tidak hadir, beliau
akan bincangkan dalam mesyuarat ajk PIBG nanti.
Tindakan : Makluman
8.0 CADANGAN KUTIPAN DANA PIBG (BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN)
8.1 YDP PIBG membacakan cadangan sumbangan persekolahan bagi tahun 2020 yang terdapat
pada halaman 42 dalam buku mesyuarat agung.
Tindakan : Makluman
8.2 Penasihat PIBG turut membacakan cadangan sumbangan PIBG yang terdapat pada halaman 42
dalam buku mesyuarat agung.
Pihak sekolah mencadangkan sumbangan PIBG seperti berikut:-
Bil Jenis-Jenis Sumbangan Amaun (RM)
1. PIBG (Satu Keluarga) 50
2. Penyelenggaraan (Setiap Murid) 30
3. KECEMERLANGAN
Program Gerak Gempur
Setiap Murid Tingkatan 3 100
Setiap Murid Tingkatan 5 150
4. Rentokil ( Setiap Murid Perempuan) 15
5. Program Sahsiah 20
(Setiap murid tingkatan 1, 2 dan 4)
27

