Page 28 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 28

Bil               Tingkatan                 Jumlah sumbangan mengikut tingkatan (RM)
                      TINGKATAN 1,  2 DAN  4
                1     Murid Lelaki                                            100
                      Murid Perempuan                                         115
                      TINGKATAN 3
                2     Murid Lelaki                                            180
                      Murid Perempuan                                         195
                      TINGKATAN 5
                3     Murid Lelaki                                            230
                      Murid Perempuan                                         245

                                                                                          Tindakan : Makluman

           8.3    Puan  Pengetua  memaklumkan  bahawa  sumbangan  penyelenggaraan  (RM30)  adalah
                  pertukaran dari sumbangan ICT (RM30) bagi tahun sebelumnya.
                                                                                          Tindakan : Makluman

           8.4    Penasihat PIBG turut memaklumkan bahawa sumbangan bagi program graduasi setiap murid
                  tingkatan lima iaitu sebanyak RM100 akan dikutip secara berasingan berserta dengan yuran.

                                                                                          Tindakan : Makluman

           8.5    Penasihat  PIBG  meminta  pandangan  ibu  bapa  atau  cadangan  sokongan  untuk  menyokong
                  sumbangan PIBG.

                  8.5.1  Pn. Izura bt Abd. Sani  mencadangkan cadangan bayaran sekolah diterima
                         dan disokong serta disahkan oleh Pn. Norhayati.
                                                                                          Tindakan : Makluman


           9.0    HAL-HAL LAIN

           9.1    Pn. Norhayati bertanyakan tentang cara pengedaran majalah digital kepada murid-murid yang
                  telah tamat persekolahan bagi tahun 2020 pada tahun hadapan.

                  9.1.1  Pn. Sabidara bt Mahmud memaklumkan bahawa pengedaran tapak majalah digital akan
                         dimaklumkan semula kepada murid-murid.

                  9.1.2  Pn.  Sabidara  bt  Mahmud  turut  menjelaskan  majalah  digital  diwujudkan  bagi
                         menggantikan  majalah  konvensional  berikutan  pengiraan  kos  untuk  menghasilkan
                         majalah yang bercetak adalah lebih tinggi.
                                                                                          Tindakan : Makluman

           10.0   UCAPAN PENANGGUHAN
           10.1   En. Zaini bin Haji Md. Isa selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada
                  semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk segala aktiviti dan menyatakan Allah s.w.t.
                  sahaja yang dapat membalas jasa serta kebaikan yang telah dilakukan oleh semua pihak.

                                                                                          Tindakan : Makluman
                                                                                                            28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33