Page 4 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 4
KATA ALUAN PENASIHAT PIBG
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam SMKYL Melahirkan JUARA.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh AJK
PIBG, guru-guru, dan para ibu bapa yang sudi menghadirkan diri sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK
Yaacob Latif kali ke-29.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 6 aspirasi murid ialah Pendidikan terarah
kepada kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, etika dan kerohanian, identiti nasional, kemahiran
dwibahasa dan pengetahuan. Sejajar dengan itu Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) adalah mekanisme
penting dalam mewujudkan pendididkan yang berkualiti. Menerusi PIBG banyak program dan langkah
boleh diatur bagi mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Antara peranan PIBG ialah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Segala bentuk salah
faham boleh diuraikan dan mampu menjernihkan suasana yang keruh. Selain itu PIBG sebagai sebuah
organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung Pendidikan melalui sumbangan ahli persatuan,
ahli korporat dan individu. Dana yang terkumpul boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah
serta murid. Prasarana Pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya warga sekolah
dapat memaksimumkan tenaga kearah kecemerlangan dalam pendidikan.
Peranan lain PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap prestasi sekolah. Perbincangan
dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang
dihadapi. Persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu
menjalankan tugas.
Bagi memenuhi segala hasrat dan cita-cita untuk meletakkan diri murid pada tahap yang terbaik,
kita memerlukan kesepakatan dan memainkan peranan masing-masing. Dengan ini, saya mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK PIBG, ibu bapa, guru-guru serta komuniti yang memberikan komitmen
tenaga dan kewangan kepada pihak sekolah. Diharapkan agar gabungan tenaga ini dapat ditingkatkan
supaya pendidikan di sekolah ini berada di landasan yang betul. Diharapkan komitmen luar ini dapat
ditingkatkan supaya pendidikan di sekolah ini berada di landasan yang betul.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung dan tidak langsung yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya
dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. Semoga apa yang kita usahakan akan tercapai hasilnya,
insya-Allah.
Sekian,
(PN. NORBANI BINTI BABA)
Pengetua Cemerlang,
4
SMK Yaacob Latif

