Page 7 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 7

KATA ALUAN YANG DI-PERTUA PIBG




           Bismillahirrahmanirrahim


           Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua ahli PIBG Sekolah
           Menengah  Kebangsaan  Yaacob  Latif.  Alhamdulillah,  bersyukur  kita  ke  hadrat  ilahi  dengan  limpah
           rahmat-Nya dapat kita menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif
           kali ke-29 ini dengan jayanya.


                   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua tuan-
           tuan  dan  puan-puan  yang  sudi  meluangkan  masa  untuk  menghadirkan  diri  ke  majlis  ini.  Sukacita
           dimaklumkan  bahawa  kejayaan  anak-anak  di  sekolah  ini  terletak  di  bahu  kita  semua.  Kita  yang
           menentukan  hala  tuju  dan  kecemerlangan  dalam  melahirkan  warga  yang  berperibadi  mulia  dan
           berhemah  tinggi  serta  murid  berwawasan  selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan  Negara.  Oleh  itu,
           kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan.


                  Sehubungan dengan itu, segala urusan yang berkaitan dalam meningkatkan kualiti kurikulum dan
           kokurikulum di sekolah adalah tanggungjawab guru-guru yang berdedikasi yang sentiasa berusaha untuk
           meningkatkan prestasi para murid. Kesungguhan mereka telah terbukti menerusi pencapaian yang telah
           lalu menerusi bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Diharapkan semua ibu bapa dapat memberi
           sokongan padu bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam era yang serba mencabar ini. Penglibatan
           ibu bapa secara tidak langsung dalam pendidikan anak-anak haruslah sampai ke tahap optimum bukan

           sekadar menjadi ahli mesyuarat sahaja.

                  Saya berharap mesyuarat agung pada kali ini akan menjadi satu garis panduan untuk kepentingan
           semua pihak. Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru memerlukan reaksi positif dan sihat daripada ibu
           bapa untuk menghasilkan suasana yang kondusif terhadap pembelajaran anak-anak selari dengan hasrat
           ibu bapa untuk melihat pencapaian yang memberangsangkan menerusi pendidikan yang berkualiti.


                  Akhir  kata,  saya  mengucapkan  jutaan  terima  kasih  yang  tidak  terhingga  kepada  pentadbir
           sekolah, guru-guru dan jawatankuasa PIBG di atas jasa bakti mereka selama ini.



           Sekian, terima kasih.






           (EN. ZAINI BIN HJ MD. ISA)
           Yang Dipertua PIBG,
           SMK Yaacob Latif.

                                                                                                             7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12