Page 9 - BUKU MAT PIBG kali ke-29
P. 9

PROFIL SEKOLAH


                                SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAACOB LATIF


                  Sekolah Menengah La Salle terletak di Lorong Peel iaitu kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar

           Kuala Lumpur. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 2.63 hektar atau 8.5 ekar. Pada suatu masa dahulu,
           kawasan ini adalah sebuah kawasan lombong bijih timah yang menjadi kawasan pengumpulan kaum

           Cina di bawah Rancangan Pengasingan Kawasan Putih dan Kawasan Hitam pada zaman darurat. Sekolah

           Menengah  La  Salle  adalah  sebuah  sekolah  yang  berkongsi  kawasan  dan  kemudahan  fizikal  dengan

           Sekolah Rendah La Salle (1) dan (2).


                  Nama La Salle dipilih sempena untuk memperingati seorang pengasas Mubaligh Kristian iaitu

           Brother St. John Baptist De La Salle. Sekolah ini diasaskan oleh Brother Lawrence Spitzig iaitu pengetua
           St. John dan Encik Lee Thean Onn seorang komprado di Hong Kong dan Shanghai Bank. Pada 9 Mac

           1959, sekolah ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahhuddin Abdul Aziz iaitu Yang Mulia

           Raja Muda Selangor pada masa itu.


                  Disebabkan kekurangan tempat di St. John Institution, Sekolah Menengah La Salle ditubuhkan

           pada  tahun  1965.  Selepas  lebih  kurang  tiga  puluh  tahun  Sekolah  Menengah  La  Salle  berkhidmat,
           namanya kemudian ditukar kepada SMK Yaacob Latif. Penukaran nama sekolah telah diluluskan oleh

           Jabatan  Pendidikan  Wilayah  Persekutuan  pada  14  April  1993.  Nama  Yaacob  Latif  diberi  sempena

           memperingati jasa dan sumbangan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua, Tan Sri Yaacob Latif.


                  Kini, SMK Yaacob Latif diterajui oleh Pn. Norbani Binti Baba selaku pengetua SMK Yaacob Latif.

           Bilangan murid yang terkini di SMK Yaacob Latif pula seramai 321 orang daripada aliran perdana dan

           seramai 87 orang daripada aliran pendidikan khas.




           STATISTIK GURU DAN AKP SMK YAACOB LATIF

                                               Lelaki              Perempuan                Jumlah
             Guru Perdana                       10                      32                    42
             Guru PPKI                           2                      18                    20

             AKP                                 1                      10                    11




                                                                                                             9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14