Page 1 - Karangan format e-mel (NUR AINA SAFEA BT HISHAMUDDIN 4R) (1)
P. 1

Karangan format e-mel


               Daripada :ainasafea13@gmail.com

               Kepada : norakma.ariffin@bpulau.mrsm.edu.my

               Subjek :Bantuan kemanusiaan
               Salam hormat tuan/puan,


               Saya berharap tuan / puan berada dalam keadaan sihat selalu. Saya mewakili kelab kabajikan
               sekolah ingin memohon jasa baik tuan/ puan untuk menyumbagkan bantuan bagi menolong
               penduduk banjir di Kampung Berop , Ipoh
                   Sumbangan yang tuan/puan berikan akan digunakan untuk membeli barang keperluan
               penduduk yang musnah akibat musibah banjir yang telah berlaku. Pada pendapat saya,
               aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar kehidupan yang baharu dan mengukir
               senyuman di wajah setiap penduduk kerana dapat mengurangkan beban mereka
               menghadapi musibah banjir.Selain itu , banjir yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan
               banyak kehilangan barangan peribadi .Perkara ini menyebabkan banyak kerugian yang
               terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.Mereka seperti kehilangan tempat
               bergantung sementara menunngu bantuan sampai. Akhir sekali, pertolongan kami ke sana
               adalah untuk menolong mereka membersihkan rumah kawasan sekitar yang tenggelam
               dengan selut dan kotoran.

               Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memberikan sedikit bantuan kewangan untuk
               membantu mangsa banjir di Kampung Berop, Ipoh. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah
               dihargai.



               Yang benar.

               Ainasafea
   1   2   3