Page 2 - MODUL 4.1 - KOD ARAHAN
P. 2

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1  2016


                                                    KOD ARAHAN

               4.1.1  Pengenalan Kod Arahan


                       Komputer tidak boleh berfikir atau memberikan sesuatu penyelesaian masalah tanpa arahan

                       manusia. Ia hanya boleh melaksanakan sesuatu tugas apabila diberikan arahan. Kod arahan
                       adalah  satu siri  arahan  langkah  demi  langkah  yang  memberitahu  komputer  apa  yang  perlu

                       dilakukan. Arahan ini perlu ditulis dalam bentuk set aturcara komputer untuk boleh digunakan
                       bagi  melaksanakan  sesuatu  tugas  seperti  membuat  proses  pengiraan,  perbandingan  dan
                       sebagainya.


                       Proses untuk menghasilkan kod arahan aturcara dinamakan pengaturcaraan. Semasa membuat

                       pengaturcaraan, kod arahan diwakilkan dengan set perkataan, angka atau simbol, dan ditulis
                       kebiasaanya  menggunakan  perisian  tertentu  mengikut  jenis  bahasa  pengaturcaraan  yang
                       dipilih.


                       Memandangkan  terdapat  pelbagai  jenis  bahasa  pengaturcaraan  boleh  digunakan,  bahasa

                       pengaturcaraan  kebiasaanya  dikelaskan  berdasarkan  ciri-ciri  yang  terdapat  pada  sesuatu
                       bahasa pengaturcaraan tersebut. setiap ciri pada bahasa pengaturcaraan mempunyai kebaikan
                       dan  kelemahannya.  Antara  beberapa jenis  perisian  atau  bahasa  pengaturcaraan yang  sering

                       digunakan  dalam  domain  pendidikan  untuk  pengajaran  dan  pembelajaran  adalah  seperti
                       Jadual 4.1 berikut:


                                      Perisian               Nama perisian

                                                   Scratch


                                                   Dev C



                                                   HTML (HyperText Markup Language)


                                        Jadual 4.1: Contoh perisian pengaturcaraan

                       Pengguna disarankan menulis aturcara mengikut langkah-langkah pembangunan sistem iaitu

                       fasa  membuat  analisis,  rekabentuk,  pembangunan  (mengkod  aturcara),  pengujian  dan
                       penerimaan serta pelaksanaan.




                      2
                                                                                           MODUL KOD ARAHAN
   1   2   3   4   5   6   7