Page 3 - MODUL 4.1 - KOD ARAHAN
P. 3

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1  2016




                                                                                    Analisis – langkah
                                                                                    mengenalpasti tujuan dan
                                                                                    membuat perancangan
                                                                                    berkaitan pelaksanaan
                                                                                    aturcara

                                                                                    Rekabentuk – langkah
                                                                                    merangka penyelesaian

                                                                                    Pembangunan – langkah
                                                                                    membangunkan kod aturcara
                                                                                    sebenar menggunakan
                                                                                    perisian pengaturcaraan

                                                                                    Pengujian – langkah menguji
                                                                                    aturcara bagi mengenalpasti
                                                                                    sebarang ralat
                                                                                      Pelaksanaan  – langkah
                                                                                    mnggunakan aturcara dan
                                                                                    membuat penambahbaikan
                                                                                    mengikut keperluan semasa
                                                                                    jika ada


                                          Rajah 4.1: Metodologi pembangunan sistem


                       Penulisan  kod  arahan  aturcara  perlu  dilakukan  mengikut  sintaksis  (atau  format)  berkaitan
                       peraturan  membina  kod  aturcara  berdasarkan  bahasa  pengaturcaraan  yang  dipilih.  Sebagai

                       contoh,  bagaimana  menulis  struktur  badan  aturcara,  mengisytihar  pembolehubah,
                       menggunakan operator simbol matematik dan sebagainya.


                       Oleh itu, bahagian berikut akan menjelaskan contoh pelaksanaan kod arahan dalam membina
                       aturcara berdasarkan penggunaan pembolehubah  (variables) dan operator matematik dalam

                       kod  aturcara  yang  dibangunkan,  pelaksanaan  kod  aturcara  dengan  pelbagai  pilihan,
                       pelaksanaan kod aturcara dengan ulangan, pelaksanaan kod aturcara dengan pelbagai pilihan,
                       ulangan, pembolehubah dan operator matematik serta bagaimana menguji dan membaiki ralat

                       pada kod aturcara.













                  Sumber:
                  http://www.mampu.gov.my/documents/10228/2112823/4.+Taklimat_PembangunanSistem.pdf/7de
                  deab9-7b1a-4a13-af17-5cd74386e746



                      3
                                                                                           MODUL KOD ARAHAN
   1   2   3   4   5   6   7   8