Page 4 - MODUL 4.1 - KOD ARAHAN
P. 4
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016
4.1.2 Pembolehubah dan Operator Matematik
Pembolehubah adalah perwakilan untuk menyimpan nilai atau data. Nilai atau data yang
akan diproses disimpan di dalam ruang ingatan komputer serta boleh diwakili oleh nama-
nama yang dipilih sendiri oleh penulis aturcara. Dalam pengisytiharan pembolehubah,
pengguna boleh menggunakan nilai awalan untuk disimpan pada pembolehubah. Pengguna
boleh samada mengisytiharkan pembolehubah dahulu dan kemudian diberikan nilai semasa
pelaksanaan aturcara atau mengistiharkan pembolehubah dengan memberikan nilai awalan.
Berikut adalah contoh pengisytiharan pembolehubah jenis integer dan pengisytiharan
pembolehubah dengan nilai awalan diberi,
Contoh DEV-C++
Int a,b,c; a,b,c diisytiharkan pembolehubah jenis integer
Int x,y = 7; x,y diiytihar pembolehubah dengan nilai awalan 7
a,b,dan c diistiharkan
sebagai pembolehubah.
Rajah 4.2: Contoh pembolehubah dalam Scratch
4
MODUL KOD ARAHAN

