Page 1 - Dokumen Pertandingan MTQSS KPM 2017
P. 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                                 BahagianPendidikan Islam
                                 Aras BawahdanDua, Bangunan Mustapha Kamal,
                                 No. 2251, JalanUsahawan 1,
                                 63000 CYBERJAYA,
                                 SELANGOR DARUL EHSAN.

                                                                       Ruj.Kami : KPMSP.600-14/1/25(   )
                                                                                                  Tarikh     :   9 Disember 2016M
                                                                                      9 Rabiul Awal 1438H

                 Semua Pengarah Pendidikan
                 Jabatan Pendidikan Negeri
                 (u.p. Sektor Pendidikan Islam.)


                 YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

                 MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
                 MALAYSIA  PERINGKAT  SEKOLAH,  DAERAH,  NEGERI  DAN  KEBANGSAAN  KALI  KE-  43,
                 TAHUN 2017 / 1438H

                 Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

                 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
                 akan menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
                 Peringkat Kebangsaan kali ke-43 Tahun 2017/1438H.

                 3. Sehubungan  dengan itu,  bersama-sama  ini  disertakan  Lampiran  Dokumen  Pertandingan  dan
                 Takwim  Majlis  Tadarus  Al-Quran  Sekolah-sekolah  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  kali  ke-43
                 Tahun  2017/1438H.  Dokumen  Pertandingan  ini  boleh  juga  dimuat  turun  dari  laman  web  BPI
                 (http://www.moe.gov.my/v/bpi  ).  Bahagian  ini  amat  berbesar  hati  sekiranya  pelaksanaan  Majlis
                 Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim
                 yang telah ditetapkan.

                 4. Bahagian   ini   turut   memohon   kerjasama   YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan   untuk
                 memanjangkan  surat  makluman  ini  berserta  Salinan  Lampiran  Dokumen  Pertandingan  dan
                 Takwim  ke  semua  Pejabat  Pendidikan  Daerah  /  Pejabat  Pendidikan  Bahagian  dan  sekolah-
                 sekolah di bawah pentadbiran YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

                 5. Perhatian dan kerjasama YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan
                 terima kasih.

                 Sekian.
   1   2   3   4   5   6