Page 16 - e-portfolio pendidikan islam
P. 16

ٰ
               َ "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan yang keji kecuali dosa-
               dosa kecil sesungguhnya Tuhan engkau Maha luas keampunanNya.”

               (Surah an-Najm: 32)


               Ayat yang tersebut menjelaskan perkataan ‘al-Lam am’ yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. sebagai
               dosa-dosa kecil yang tidak dapat dihindari dari melakukannya oleh setiap manusia biasa kecuali
               orang yang dipelihara oleh






               Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya dosa-dosa kecil. Dosa kecil ini rendah sedikit
               tarafnya kalau hendak dibandingkan dengan dosa-dosa

               besar. Dosa-dosa kecil ini adakalanya terhapus apabila melakukan kebajikan dan amal kebaikan,
               sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Solat lima waktu, solat Jumaat hingga
               ke solat jumaat yang berikutnya dan Ramadan hingga Ramadan berikutnya dapat menghapuskan
               dosa-dosa kecil selama tidak melakukan dosa-dosa besar.”



               Namun demikian jangan sekali-kali kita menganggap bahawa dosa-dosa kecil ini satu perkara yang
               remeh dan tidak membawa kepada kemudharatan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis
               Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Awaslah kamu terhadap dosa-dosa yang remeh, kerana dosa-
               dosa itu akan terkumpul dan akan membinasakannya.”



               Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa dosa-dosa kecil yang sentiasa dilakukan akan
               terkumpul dan akan menjadi perkara yang besar serta memudaratkan. Apabila sesuatu perkara
               buruk yang dilakukan akan membawa kemudaratan, maka sudah semestinya ia wajib dijauhkan dan
               dihindarkan.


















                                                           16
   11   12   13   14   15   16   17   18