Page 2 - Buku Program Sambutan Malidur Rasul SKSM 2020 - Copy
P. 2
Majlis Sambutan Maulidurrasul merupakan natijah
daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah
s.a.w. ). Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin men-
contohi baginda dan berbangga dengan baginda, se-
bagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan
memuji baginda didalam Al-Quran: "Sesungguhnya
engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-
Qalam:4)
Majlis ini akan dimuatkan dengan aktiviti yang
agak sederhana tetapi melibatkan semua guru dan
murid muslim bertepatan dengan temanya pada
kali ini iaitu “ UMMAH RABBANI, NEGARA
HARMONI”. Pelaksanaan majlis ini bertujuan un-
tuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad
S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda.
Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada
murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi
pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta
memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda
s.a.w.

