Page 97 - IJMLA JURNAL VOL 1/JAN/2016
P. 97
92
rancah-rancah (ulam raja dan nama sejenis buah)
sumbui-sumbui (periuk kera)
lamak-lamak
ambun-ambun
batung-batung
suga-suga
kuda-kuda
banau-banau
Selain yang dibincangkan di atas, ada beberapa leksikal lagi
yang berbeza bentuk dan maknanya daripada leksikal BMS.
Antaranya:
pakat → palikat
bubuk (udang geragau)
sungkai (berbuka)
Ada juga penamaan sesuatu benda yang berdasarkan rupa
bentuk sesuatu/menyerupai bentuk sesuatu yang ada di
persekitaran. Contohnya:
bunga gulambir ayam (bunga raya)
apam → katilapam
kalangkapa
Kesimpulan
Kajian ini mendapati bahawa dalam era globalisasi ini, ramai
masyarakat Melayu Brunei sudah tidak mengetahui perkataan-
perkataan yang disenaraikan di atas. Banyak bentuk leksikal yang
dibincangkan di atas sebahagiannya sudah tidak digunakan lagi,
terutama dalam kalangan generasi muda. Pengkaji juga mendapati
bahawa banyak leksikal yang melambangkan ciri-ciri dialek Melayu
Brunei ini sudah kurang digunakan seperti perkataan cahat, jaham,
tihi, jihin, tuhung, kutin, ipin, ipang dan sebagainya. Ramai generasi
muda masyarakat Melayu Brunei sudah tidak menggunakan, malah
tidak mengenali sebahagian leksikal yang disenaraikan di atas.
Malah ramai pelajar Universiti Brunei Darussalam tidak mengetahui
dan tidak mengenali nama-nama ikan yang disebutkan di atas. Ramai
generasi muda masyarakat Melayu Brunei hanya mengenali leksikal

