Page 6 - Buletin Alumni Jan-Apr 2018
P. 6
JANUARI - APRIL 2018 6
BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI
Lawatan Penanda Aras Alumni Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) Cyberjaya.
Oleh Noraisyah Razak
Pusat Alumni – Pada 26 Februari
2018, Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) Cyberjaya telah membuat
lawatan penanda aras ke Pusat Alumni
yang telah berlangsung pada pukul
1.00 petang. Lawatan Penanda Aras ini
merupakan julung-julung kali diadakan
bersama Pusat Alumni. Lawatan ini
telah disertai oleh seramai 6 orang wakil
dari IPGM iaitu Dr. Maria binti Mansur
(Penolong Pengarah), Dr. Shamsul
Nizam bin Kachi Mohideen (Penolong
Pengarah), Dr. Abdul Hameed bin Abd
Majid (Pensyarah), En. Umar bin Norman
(Penolong Pengarah), Puan Zaimawati
binti Abdul Kadir (Pensyarah) dan Puan
Junaini binti Johari (Pensyarah) serta
semua staf Pusat Alumni, UPSI.
Tujuan utama IPGM membuat lawatan
ini ialah untuk belajar, berkongsi
pengalaman dan bertukar-tukar idea
antara satu sama lain. Ini kerana
mereka dalam usaha membangunkan
Pusat Alumni untuk kampus-kampus
Institut Pendidikan Guru seluruh negara
bagi dijadikan medium perkongsian
pintar bersama para Alumni serta
perbincangan antara kedua-dua
belah pihak dalam usaha bertukar
pendapat dan berkongsi pengalaman
dalam membangunkan pembangunan

