Page 119 - BUKU KISI-KISI WARISAN TERENGGANU
P. 119
masih aktif yang bernama Encik Abdul Razak
bin Senik. Beliau merupakan pakar rujuk
persembahan Rodat dari pembuatan alat,
permainan alat muzik, pengisian teks,
kareografi tarian, pakaian sehinggalah
tatacara persembahan. Rodat merupakan
hiburan tradisi yang mempunyai fungsi
sosial berhabung dengan pengisian
kehidupan bermasyarakat. Ianya jelas
mempunyai nilai-nilai keislaman yang sangat
tinggi menerusi pantun dan sajak yang
dinyanyikan dalam persembahan rodat.
Ianya mempunyai peranan dan pengaruh
yang agak signifikan dengan masyarakat
ketika itu. Dalam persembahan Rodat, lagu-
lagu yang dipersembahkan pada umumnya
berbentuk puji-pujian kepada Allah s.w.t
serta Nabi dan Rasulullah s.a.w. Senikata
lagu-lagunya pula dinyanyikan di dalam
bahasa Arab. Frasa yang sangat dominan
dengan persembahan Rodat adalah seperti
berikut:
Ya La Mu Yahayun
Muyya La Na Qayyum
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
(Sumber: Abdul Razak Senik, 2006)
108

