Page 35 - buku teks f4 kssm
P. 35
BAB 2 Biologi Sel dan Organisasi Sel
Tisu otot
Terdapat tiga jenis otot: otot licin (terdapat di salur pencernaan, salur
darah, salur kencing dan salur pembiakan), otot rangka (terdapat di
kaki dan tangan) dan otot kardium (terdapat di dinding jantung).
Otot kardium membina dinding
jantung yang mengecut untuk
mengepam darah ke seluruh
SEL OTOT badan. Pengecutan otot kardium
KARDIUM adalah secara luar kawal.
Otot rangka terlibat dalam
pergerakan terkawal. Otot rangka
mengecut dan mengendur untuk
menghasilkan pergerakan pada
SEL OTOT tulang dan anggota badan.
RANGKA
Pengecutan dan pengenduran
otot licin membolehkan aktiviti
luar kawal seperti tindakan
SEL OTOT LICIN peristalsis di sepanjang salur
pencernaan.
RAJAH 2.5 Tisu otot dalam manusia
Tisu saraf
Tisu saraf terdiri daripada neuron atau
Tisu epitelium melapisi sel saraf (Gambar foto 2.6). Setiap neuron
permukaan mulut dan terdiri daripada badan sel dan gentian saraf
esofagus yang disebut dendrit dan akson. Tisu saraf
boleh mengesan rangsangan dan seterusnya
mengutus maklumat dalam bentuk isyarat
elektrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.
Tisu saraf menyelaras dan mengawal
aktiviti badan.
Tisu epitelium
melapisi permukaan
trakea dan bronkus
Tisu epitelium
melapisi usus kecil
GAMBAR FOTO 2.6 Tisu saraf
2.3.1 2.3.2 33