Page 4 - Flip Book Qurban 4 Qaseh
P. 4

PENGENALAN





                          IKHTIAR IHSAN CARE











                          BERIKHTIAR, BERMANFAAT, BERSAMA







              Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan (Ikhtiar Ihsan Care) secara rasminya


         ditubuhkan pada 17 April 2021 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-

         17042021.  Pertubuhan  Prihatin  Ikhtiar  Ihsan  telah  diasaskan  oleh  Ustaz


         Mohd  Fakaruddeen  bin  Che  Omar  dan  dinaungi  oleh  Ustazah  Asmak

         binti  Husin.  Namun  begitu,  pertubuhan  ini  telah  melaksanakan  aktiviti


         dakwah  dan  kebajikan  sejak  12  tahun  yang  lalu.  Aktiviti  utama

         pertubuhan  ini  adalah  membantu  golongan  fakir  miskin,  asnaf  serta


         muallaf  dalam  aspek  bantuan  kewangan,  pendidikan  agama  dan

         sosial.  Pihak  IIC  juga  menyediakan  bantuan  dalam  bentuk  kemahiran,


         latihan  berbentuk  ikhtiar  dan  usaha  serta  bantuan  ilmu  perniagaan

         kepada  golongan  anak  muda  dan  golongan  sasaran  agar  berdikari


         dalam  membangunkan  ekonomi  keluarga  sekaligus  menggalakkan

         mereka melaksanakan syariah Islam dalam kehidupan seharian ke arah

         yang  lebih  baik.  Selain  itu,  pihak  IIC  juga  mewujudkan  unit  pendidikan


         sekolah  kafa  agama  yang  dinamakan  sebagai  Sekolah  Rendah  Islam

         (SRI) Fursan Soleh yang memfokuskan kepada pendidikan asas agama


         Islam kepada anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun yang bertempat di

         Putra Heights, Subang Jaya.





                   I K H T I A R   I H S A N   C A R E                                                       2
                   Qurban 4 Qaseh
   1   2   3   4   5   6   7   8   9