Page 4 - Buku Scrap TOKOH PEMIMPIN JOHOR Tun Hussein bin Dato' Onn JBA9024 SK BUKIT GAMBIR
P. 4

Pendahuluan



                 Istilah kepimpinan didefinisikan dengan pelbagai cara oleh para pengkaji ilmu

                 kepimpinan, bergantung kepada tumpuan kajian masing-masing (Yukl 1998; Hughes,
          2021   2009). Hal ini menghasilkan kepelbagaian maksud kepimpinan. Kajian oleh Winston &
                 Ginnet & Curphy 1999, Winston & Patterson 2006; Lussier & Achua 2007; Northouse



                 Patterson (2006) menunjukkan terdapat lebih 90 pemboleh ubah atau dimensi yang

                 boleh digunakan untuk memahami maksud kepimpinan menurut perspektif pengkaji-
                 pengkaji kepimpinan daripada pelbagai disiplin. Antara dimensi tersebut ialah

                 keupayaan memberi sokongan, mengambil risiko, aktif, sentiasa terkehadapan, membina
          STUDENT LEADERS BOARD
                 kebersamaan,    berpengaruh,   kreatif,  berinovasi,  berorientasikan  matlamat    dan

                 berorientasikan kemanusiaan. Meskipun terdapat berbagai-bagai dimensi untuk
                 memahami kepimpinan, terdapat beberapa persamaan yang kerap digunakan oleh para

                 pengkaji bagi mendefinisikan perihal kepimpinan.



                         Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi

                 terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang

                 ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung
                 kepadakesesuaian dan      keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang

                 kompleks untuk ditakrifkan namun ia membawa kepada suatu persamaan dari segi

                 konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan
                 matlamat. Ini bermaksud bahawa kepimpinan itu adalah suatu proses di mana seseorang

                 individu itu (pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9