Page 191 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 191

BAHAGIAN B: PELAKSANAAN

                                       Gambar / Penerangan Aktiviti

           Fasa Perancangan               •    Sebelum memulakan projek ini, murid mempelajari
                                               pelbagai ilmu pengetahuan mengenai ibadah
                                               puasa  selama beberapa minggu.
                                          •    Langkah ini adalah sebagai pendedahan untuk
                                               memudahkan murid menyiapkan projek video
                                               ibadah puasa dengan mudah.
                                          •    Guru memberikan beberapa contoh mengenai
                                               pembuatan video yang bakal dijalankan oleh
                                               murid  bersama ibu bapa di rumah.


           Fasa Pelaksanaan               •    Murid menyiapkan tugasan dengan bimbingan ibu
                                               bapa selama dua minggu.
                                          •    Murid membuat beberapa slot video untuk
                                               memudahkan sesi pemilihan gambar
                                               untuk  dimasukkan ke dalam video.
                                          •    Murid dibimbing oleh ibu bapa dalam
                                               penyediaan  bahan-bahan sebelum penghasilan
                                               video.
           Fasa Penilaian                 •    Ibu bapa dikehendaki menghantar gambarprojek
                                               yang hendak dijadikan video.
                                          •    Ibu bapa perlu mengambil gambar anak semasa
                                               pelaksanaan aktiviti untuk dijadikan eviden
                                               dalam  proses pentaksiran.
                                          •    Penilaian tahap penguasaan murid adalah
                                               berdasarkan standard prestasi dan hasil
                                               projek  akan diberi markah berdasarkan rubrik
                                               permarkahan yang telah ditentukan.
                                          •    Murid akan menceritakan tentang projek
                                               yang  dihasilkan melalui rakaman video.
                                          •    Hasil kerja murid disimpan di saluran media youtube
                                               untuk memudahkan carian pada bila-bila masa
                                               dan  sebagai penghargaan hasil usaha murid
                                               tersebut.
                                          •    Guru membuat laporan mengenai pelaksanaan
                                               projek video murid dan menghantar laporan
                                               tersebut  ke PPD.
           Fasa Artifak/Produk Yang       Video diari Ramadhan
           Dihasilkan




                                                                                                  191
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196