Page 307 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 307
Soalan Kurikulum
Soalan Asas Apakah maksud penjajahan?
Soalan Unit Bagaimana British menjajah negara kita?
Soalan Kandungan 1. Bagaimana British memerintah melalui Malayan
2. Union di Tanah Melayu dan pemerintahan Brooke di
Sarawak?
3. Mengapa penduduk tempatan melakukan
penentangan ke atas pemerintahan Malayan
Union?
4. Mengapa berlaku gerakan penentangan ke atas
penyerahan Sarawak kepada kerajaan British oleh
Brooke?
5. Bagaimana cara penentangan penduduk tempatan
ke atas British?
6. Jelaskan proses penyerahan Sarawak oleh Brooke.
7. Terangkan kesan peralihan kuasa British di negara
kita ke atas sistem pentadbiran negara kita.
8. Bagaimanakah kita boleh memelihara kedaulatan
dan maruah bangsa negara kita daripada anasir
luar pada masa hadapan?
Proses Pembelajaran
Fasa Perancangan • Perbincangan dengan pelajar melalui talian
whatsup/telegram dan video call.
• Guru akan berkongsi bahan panduan PBL dan
deksripsi tugasan kepada pelajar sasaran.
• Sedia takwim untuk menjadi panduan dan
jangkawaktu masa pelaksanaan,
• Perbincangan pelajar dengan ahli keluarga/guru
untuk mereka membuat keputusan menentukan
produk PBL.
• Mengumpul maklumat daripada pelbagai bahan /
sumber berpandukan rubrik penskoran guru.
Fasa Pelaksanaan • Daripada maklumat dan info yang dikumpul, pelajar
mula mencipta produk dan yang berkaitan samada
individu atau dengan bantuan ahli keluarga.
• Setiap proses pelaksanaan akan dibuktikan oleh
pelajar melalui rakaman gambar.
• Pelajar mengisi borang penskoran kendiri dan
ditunjuk kepada guru tujuan perbincangan.
• Pelajar akan membuat penambahbaikan
berdasarkan perbincangan dengan guru, dan
dibuat dalam skop masa yang ditetapkan awal
dalam takwim.
307

