Page 314 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 314
Soalan Kandungan 1. Apakah maksud kerjaya?
2. Apakah kepentingan memiliki kerjaya untuk masa
depan?
3. Apakah kerjaya yang diminati oleh murid?
4. Bagaimanakah cara untuk mencapai kerjaya yang
diminati?
5. Apakah halangan yang dihadapi untuk mencapai
kerjaya yang diminati?
6. Apakah nilai murni yang boleh dipelajari melalui
komik bertemakan kerjaya yang dihasilkan oleh
murid ?
7. Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, adakah
anda yakin kerjaya yang anda pilih dapat
memenuhi pasaran pekerjaan? Mengapa.
Proses Pembelajaran
Fasa Perancangan • Menerangkan tugasan kepada murid.
• Perbincangan dengan murid tentang tugasan.
• Menentukan projek yang bakal dihasilkan
• Merancang jadual kerja/ takwim bersama murid
• Guru menyediakan rubik pentaksiran sebagai
panduan murid dalam melakukan penilaian kendiri
projek
• Mengumpul maklumat melalui pembacaan/ merujuk
pelbagai sumber ( buku teks, surat khabar dan
internet).
• Mengumpul maklumat iaitu murid menemu bualibu
bapa.
Fasa Pelaksanaan • Murid menghasilkan produk/ projek
• Penilaian kendiri projek dengan merujuk yang
disediakan oleh guru dan dengan bantuan
pemeriksaan hasil kerja oleh guru dari semasa ke
semasa.
Fasa Penilaian • Murid membuat pentaksiran kendiri dengan menilai
hasil mereka menggunakan senarai semak
• Murid memastikan projek dapat menjawab soalan
Kandungan Kurikulum.
• Guru memberikan maklum balas kepada hasil murid
untuk ditambah baik.
Kaedah Pentaksiran a) Pentaksiran KendiriStandard
b) Prestasi dalam DKSP Tingkatan 5(Penilaian Guru)
314

