Page 68 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 68

Proses Pembelajaran

          Fasa Perancangan              Permulaan Projek
                                        •     Murid-murid diminta memilih sebuah lagu yang
                                              diminati, seperti contoh lagu “Rasa Sayang”.
                                              Selepas itu, murid-murid diminta mengubah lirik lagu
                                              tersebut. (Perhatian: Lirik lagu wajib menggunakan
                                              Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).
                                        •     Seterusnya, murid-murid diminta menaip dan
                                              mencetak lagu tersebut dengan menggunakan
                                              komputer serta menyatakan nama laguasal.
                                        •     Diingatkan bahawa, maksud lirik lagu yang
                                              diubah
                                              mestilah mengandungi isu-isu yang berkaitan
                                              dengan wabak Covid-19, seperti kata-kata
                                              (sokongan) yang ingin disampaikan kepada barisan
                                              depan (doktor, jururawat, polis, askar, rela). Lirik
                                              lagu yang diubah tidak dibenarkan sekali menyentuh
                                              sentimen kaum dan agama.


          Fasa Pelaksanaan              Pembangunan Projek
                                        • Murid-murid diminta membuat satu rakaman videoyang
                                           sedang menyanyi lagu gubahan lirik tersendiri.
                                           Rakaman video itu adalah terhad iaitu 2-3 minit
                                           sahaja. Murid-murid boleh menyanyi lagu gubahan  lirik
                                           dengan pelbagai cara sama ada dengan iringan  muzik
                                           (KARAOKE – TANPA VOKALIS), menyanyi  lagu
                                           dengan murid sendiri memainkan alat muzik  ataupun
                                           menyanyi tanpa iringan muzik.
                                        • Murid-murid diminta mengambil 3 keping gambar
                                           seperti di bawah:-
                                        (A)   Murid-murid sedang melayari Internet/Youtube untuk
                                              mendapatkan lagu kegemarannya.
                                        (B)   Murid-murid sedang menggubah lirik lagu yang baru.
                                        (C)   Murid-murid sedang menyanyi lagu gubahan lirik
                                              yang dihasilkan.
                                        • Ketiga-tiga gambar itu mesti diedit dan dijadikan
                                           satu gambar (3 IN 1) yang bersaiz A4 dan
                                           menyatakan nama penuh dan kelas (BM) murid
                                           berkenaan.
                                        • Guru akan membimbing murid secara online atau
                                           offline untuk menghasilkan video.
                                        • Ibu bapa atau ahli keluarga juga boleh membantu
                                           dan membimbing anak semasa menghasilkan video
                                           tersebut.
                                                                                                  68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73