Page 83 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 83

Fasa Pelaksanaan              •     Murid menonton youtube berkaitan teknik-teknik
                                              membina ayat mudah dan karangan bahagian

                                              A  bagi memudahkan murid memahami konsep
                                              membina ayat.
                                        •     Murid juga boleh memperolehi maklumat melalui

                                              pelbagai sumber contohnya buku rujukan Bahasa

                                              Melayu, guru Bahasa Melayu, ibu bapa, rakan,
                                              adik beradik, surat khabar, majalah ataupun
                                              internet.

                                        •     Murid mencari idea dengan bantuan dan
                                              bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

                                        •     Murid diminta untuk membina sekurang-
                                              kurangnya lima ayat bagi setiap gambar yang

                                              diberikan.
                                        •     Ayat yang dibina haruslah menggunakan kreativiti
                                              murid sendiri sama ada menggunakan peta i-think
                                              atau petak bina ayat dan sebagainya.


                                        •     Murid membuat pentaksiran kendiri
                                              menggunakan instrument pentaksiran dengan

                                              bantuan ibu bapa atau ahli keluarga untuk
                                              penambahbaikan projek.



          Fasa Penilaian                •     Murid membuat pentaksiran kendiri dengan menilai
                                              hasil kerja mereka dengan menggunakan
                                              instrumen  pentaksiran kendiri atau refleksimudah.

                                        •     Guru memberi maklum balas kepada hasil

                                              kerja  murid untuk ditambah baik.

          Kaedah Pentaksiran            •     Pentaksiran kendiri, semakan bahan dan soal
                                              jawab.

          Instrumen Pentaksiran yang    •     Senarai semak murid
          digunakan
                                        •     Produk dan gambar





                                                                                                  83
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88