Page 6 - #6 COVER AMANAH BIL 6
P. 6

6 NWAASWIOANNACLARA                            EDISI KEENAM / 14-30 JUN 2016 •

Kerajaan perlu ambil tanggungjawab
perkasa Mahkamah Syariah
K omen ustaz tentang polemik                                                                                                               Ada pandangan mengatakan bahawa
         hudud yang berlaku hasil pem-                                                                                                          isu pindaan Akta 355 ini telah diperbe-
         bentangan rang undang-undang                                                                                                      sarkan atas kepentingan politik?
persendirian ahli parlimen Marang.
                                                                                                                                              Kita tidak boleh menolak kemungkinan
  Saya melihat soal perundangan Islam ini         DM U K A D I M M A H                                                                     itu. Pertamanya ia dibawa ke Dewan Rakyat
                                                                        R HASAN BAHAROM menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH)             ketika hampir kempen dua pilihan raya
suatu yang penting kerana apabila kita dis-                             15 Februari lalu bersama lima tokoh akademik serta pegawai tadbir  kecil (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar).
ebut sebagai negara Islam dan sebagainya,                               dan diplomatik. Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah   Keduanya, usul ini dibawa oleh Pas yang
salah satu aspek yang perlu diberi perhatian                  Syariah, Naib Presiden AMANAH ini menamatkan kerjaya sebagai pensyarah       berhasrat untuk melaksanakan hudud (di
adalah pelaksanaan syariat. Sepatutnya                        di Universiti Teknologi MARA. Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam             Kelantan) dan bukan dibawa oleh kerajaan.
pelaksanaan syariat yang sepenuhnya.                          bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.      Maka sudah pastilah tafsiran masyarakat
Hudud itu hanya sebahagian kecil daripada                     Selain politik, beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah),   umum ataupun pelbagai pihak menjurus
syariat.                                                      Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka. Beliau  ke arah itu. Maknanya ada agenda lain yang
                                                              kini menetap di Masjid Tanah, Melaka.                                        akan timbul apabila berlaku suasana itu. Ka-
   Rang undang-undang persendirian (bagi                                                                                                   lau ia datang dari pemerintah tidak timbul
meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang          	 ...Kita tidak boleh menolak kemungkinan itu. Pertamanya ia                                isu itu.
Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355) yang        dibawa ke Dewan Rakyat ketika hampir kempen dua pilihan raya kecil
dibawa ke parlimen baru-baru ini bukan-        (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Keduanya, usul ini dibawa                                Usul itu sendiri diangkat daripada senarai
lah undang-undang hudud. Ia hanya nak          oleh Pas yang berhasrat untuk melaksanakan hudud (di Kelantan) dan                          ke-15 mendahului usul-usul daripada pihak
mengangkat martabat dan bidang kuasa           bukan dibawa oleh kerajaan. Maka sudah pastilah tafsiran masyarakat                         kerajaan. Ini menimbulkan tafsiran (politik)
mahkamah syariah.                              umum ataupun pelbagai pihak menjurus ke arah itu. Maknanya ada                              yang pelbagai. Selalunya usul yang pent-
                                               agenda lain yang akan timbul apabila berlaku suasana itu. Kalau ia                          ing dikemukakan waktu pagi dan boleh
   Usaha untuk mengangkat bidang kuasa         datang dari pemerintah tidak timbul isu itu.                                                dibahaskan pada waktu petang. Tetapi usul
mahkamah syariah ini sebenarnya sudah                                                                                                      itu pula dibentangkan pada waktu petang
diperkatakan sejak lama. Apabila kita                                                                                                      dan apabila ditanya kepada wakil Marang
melihat undang-undang atau hukuman-                                                                                                        kenapa ditangguhkan (pembentangan-
hukuman yang ada di mahkamah syariah,                                                                                                      nya), dia kata kerana masa agak suntuk. Ini
ia hanyalah hukuman yang berhubung kait                                                                                                    menyebabkan satu lagi polemik berlaku.
dengan takzir iaitu keputusan yang dibuat
oleh mahkamah.                                                                                                                                Kita tidak boleh nak kawal pandangan
                                                                                                                                           daripada orang awam yang pastinya datang
   Langkah pindaan itu dibuat untuk mem-                                                                                                   daripada pelbagai latar belakang (ber-
pertingkatkan jumlah hukuman itu. Mung-                                                                                                    hubung pembentangan usul pesendirian
kin dahulunya daripada lima tahun mungkin                                                                                                  itu).
jadi 10 tahun. Daripada dahulunya enam kali
sebatan menjadi lebih sebatan mengikut                                                                                                     Adakah polemik tentang hudud ini
keputusan hakim. Dalam pembentangan                                                                                                             boleh mendatangkan kebaikan kepa-
itu pun tidak dijelaskan tentang perubahan                                                                                                 da usaha untuk melaksanakan syariah di
hukuman-hukuman yang ada di mahkamah                                                                                                       negara ini paling kurang pun untuk orang
syariah.                                                                                                                                   memahami syariah?

   Pertamanya, daripada sudut untuk men-                                                                                                      Kalau kita uruskan dengan baik mungkin
ingkatkan bidang kuasa mahkamah syariah                                                                                                    itu satu perkara yang positif. Tapi kalau se-
itu saya fikir memang sudah dibangkitkan                                                                                                   baliknya ia akan jadi negatif kepada pelaksa-
oleh AMANAH. Ini pun yang dibawa oleh                                                                                                      naan syariah itu sendiri. Tapi dalam kega-
sahabat-sahabat kita daripada AMANAH (di                                                                                                   watan dunia politik kini, kita perlu uruskan
Dewan Rakyat) untuk meningkatkan bidang                                                                                                    dengan baik perkara itu. Jadi sebab itulah
kuasa mahkamah syariah.                                                                                                                    kalau ia melalui proses-proses tertentu dan
                                                                                                                                           prosedur yang betul saya yakin usaha itu
   Yang keduanya, saya melihat sepatutnya                                                                                                  memang baik.
yang membawa usul untuk meningkatkan
bidang kuasa mahkamah syariah adalah                                                                                                          Tetapi apabila terdedah (dengan pelba-
pihak kerajaan atau pihak pemerintah, atau-                                                                                                gai tafsiran negatif) sebegini, untuk orang
pun orang yang bertanggungjawab dalam                                                                                                      memahami walaupun berlaku polemik
soal perundangan itu sendiri seperti menteri                                                                                               antara yang menentang dan menyokong,
di jabatan perdana menteri yang berkuasa                                                                                                   ia akan memberi imej jangka panjang yang
dalam soal undang-undang itu.                                                                                                              agak tidak baik kepada pelaksanaan syariah
                                                                                                                                           itu sendiri.
   Jadi sepatutnya dia yang membawa
bukan datang daripada bil persendirian. Itu                                                                                                Bagaimana hendak membendung ke-
adalah lebih molek daripada dibawa wakil                                                                                                       rosakan yang berlaku daripada usaha
dari Marang itu. Lebih cantiknya datang dari-                                                                                              untuk melaksanakan syariah ini?)
pada pihak kerajaan itu sendiri. Kalau usul
pindaan itu datang daripada pihak kerajaan,                                                                                                   Pihak yang berwajib harus mengambil
ia menunjukkan kesungguhan pihak pemer-                                                                                                    inisiatif dalam perkara ini. Apabila sahaja
intah untuk meningkatkan kuasa ataupun                                                                                                     timbul isu hudud pihak berwajib harus
bidang kuasa mahkamah syariah.                                                                                                             memberikan penjelasan dan juga pandan-
                                                                                                                                           gan atau melakukan tindakan yang proaktif
   Lagi pun jika pihak kerajaan yang memba-                                                                                                kepada cadangan itu. Bukan hanya menafi-
wa usul pindaan itu, saya fikir tidak banyak                                                                                               kan.
menimbulkan komplikasi ataupun isu-isu
sampingan itu. Tapi oleh kerana ia dibawa                                                                                                     Sekarang ini kita melihat seolah-olah
oleh pihak pembangkang , ia menyebabkan                                                                                                    pihak kerajaan menafikan bahawa usul
timbulnya pelbagai isu kerana mungkin                                                                                                      yang dibawa oleh wakil Marang adalah
rentetan keinginan (Pas) untuk menonjolkan
hukum hudud.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11