Page 4 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 4
Bab Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
1
1.0 Pengenalan
1. Perniagaan ialah perkhidmatan membeli untuk dijual semula bagi mendapat keuntungan .
©PAN ASIA PUBLICATIONS
2. Urusan ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
1.1 Tujuan Perniagaan
1. Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau perkhidmatan oleh
seseorang peniaga atau organisasi kepada pembeli .
2. Perniagaan ini sama ada bermotifkan untung atau bukan bermotifkan untung .
3. Barang ialah item yang dapat dilihat , disentuh atau dipegang.
4. Perkhidmatan pula ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu
yang memberi manfaat kepada orang lain.
5. Aktiviti yang melibatkan perkhidmatan seperti menyumbangkan tenaga fizikal dan mental,
kemahiran , kepakaran dan pengalaman .
6. Terdapat juga perniagaan yang menawarkan barang dan perkhidmatan kepada
pelanggan.
A Organisasi Bermotifkan Untung
1. Organisasi bermotifkan untung (OBU) terlibat secara langsung dalam aktiviti
pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan.
2. Objektif utama OBU adalah untuk mendapatkan keuntungan .
B Organisasi Bukan Bermotifkan Untung
1. Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) ialah organisasi yang memenuhi keperluan awam
dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan , keagamaan , sosial dan
budaya.
2. OBBU bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan
kemasyarakatan . Contohnya, Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim.
1
01_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 1 10/23/18 2:55 PM

