Page 2 - SISTEM SOKONGAN DALAM HAIWAN
P. 2

8.1 Sistem Sokongan Haiwan


         1. Sistem sokongan dalam haiwan disebut sistem rangka.


         2. Terdapat tiga jenis sistem rangka dalam haiwan, iaitu

                i)      rangka dalam


                ii) rangka luar

                iii) rangka hidrostatik


         3. Manusia dan haiwan vertebrata lain disokong oleh


                sistem rangka dalam.

         4. Haiwan invertebrata darat yang tidak bertulang belakang


                disokong oleh sistem rangka luar atau sistem rangka

                hidrostatik.


         5. Semua jenis sistem rangka berfungsi untuk


                i)      menyokong berat badan

                ii) mengekalkan bentuk badan


                iii) melindungi organ lembut di dalam badan

                iv) sebagai tempat pautan otot untuk membantu


                        pergerakan haiwan.
   1   2   3   4   5   6   7