Page 6 - nota sains t4 kbsm
P. 6
6
BAB 3: KOORDINASI BADAN
3.1 Koordinasi Badan
Koordinasi badan
Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas
terhadap perubahan di persekitaran kita
Koordinasi saraf Koordinasi Kimia
Gerak balas badan akibat tindak balas Gerak balas badan akibat tindak balas
sistem saraf sistem endokrin
Kepentingan
Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti
Membolehkan bdan melindungi diri daripada rangsangan luar
Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan badan
3.2 Sistem Saraf Manusia
Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi
otak Saraf Sistem Sistem
tunjang saraf saraf
autonomi
soma
Saraf kranium Saraf spina
Neuron
Takrif: Unit asas sistem saraf
Fungsi: Membawa impuls saraf
Binaan: Terdiri daripada
(1) Dendron: gentian bersitoplasma dan diakhiri
dengan cabang kecil yang disebut dendrit dan
membawa impuls ke badan sel
(2) Akson: gentian bersitoplasma dan membawa impuls
menjauhi badan sel
(3) Salut mielin: Melindungi akson /dendron
Mempercepatkan pengaliran impuls
(4) Badan sel: bahagian neuron yang mempunyai
nukleus dan dikelilingi oleh sitoplasma.
Fungsi : Mengawal segala aktiviti neuron

