Page 11 - Sistem SOKONGAN TUMBUHAN
P. 11

Ingat Semula



         1. Manusia dan haiwan vertebrata darat yang lain disokong


                oleh sistem rangka dalam.


         2. Sistem rangka berfungsi untuk memberikan sokongan

                dan perlindungan kepada organ- organ yang lembut


                serta menjadi asas bagi pautan otot yang membantu

                pergerakan.


         3. Haiwan vertebrata darat mempunyai lengkungan pektoral


                dan lengkungan pelvis yang besar dan kuat untuk

                menyokong berat badannya.


         4. Vertebrata akuatik besar seperti ikan paus mempunyai

                lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kecil


                dan lemah kerana berat badan haiwan itu disokong oleh


                daya apungan air.

         5. Haiwan invertebrata seperti belalang dan kala jengking


                disokong oleh sistem rangka luar.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14