Page 2 - Sistem SOKONGAN TUMBUHAN
P. 2
8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan
Sistem sokongan tumbuhan darat
1. Terdapat dua jenis sistem sokongan dalam tumbuhan
darat iaitu sistem sokongan tumbuhan berkayu dan
sistem sokongan tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan
herba).
2. Tumbuhan berkayu disokong oleh tisu-tisu berkayu.
3. Tisu-tisu berkayu ini adalah keras dan tegar untuk
memberikan bentuk dan kekuatan kepada batang
supaya tumbuhan dapat kekal tegak untuk memperoleh
cahaya matahari.
4. Sesetengah tumbuhan berkayu juga mempunyai
struktur khas seperti duri, akar banir, dan akar sokong
yang memberikan sokongan tambahan kepada
tumbuhan.

