Page 4 - SISTEM SOKONGAN, PERTUMBUHAN DAN PERGERAKAN (SAMBUNGAN)
P. 4
Bagaimana rangka hidrostatik membantu
Pergerakan cacing tanah
1. Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik dan bergerak dengan cara merangkak
dan merayap.
2. Dinding badan terdiri daripada otat lingkar luar dan otat membujur dalam.
3. Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa
pergerakan.
4. Pergerakan adalah disebabkan oleh suatu siri pengecutan dan pengenduran otot
lingkar dan membujur pada dinding badan bagi menghasilkan gelombang peristalsis
dari hujung anterior (depan badan) ke hujung posterior badan (belakang badan).

