Page 8 - KAJIAN KES SEJARAH HAIQAL DANISH
P. 8
• Deepavali
Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini
tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan
ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan
menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali,
manusia diberi peluang untuk mengimbas 8embali segala perlakuan yang lalu
sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik
pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi
cahaya baru kepada manusia.
• Perayaan Hari Gawai
Perayaan Hari Gawai secara dirayai oleh masyarakat Dayak Sarawak dan
Kalimantan Barat. Kebiasaannya, ia merujuk kepada pesta selepas menuai
yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik.
Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat menggelar perayaan ini sebagai Hari
Gawai Padi untuk
meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim
penanaman padi yang baharu.

