Page 6 - PIBG 2020 try
P. 6
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman terletak kira-kira 22 km dari
Bandar Chukai, Kemaman, 2 km dari simpang empat Jalan Kijal ke Kg Ibok,
Kemaman dan 137 km dari Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dibina di atas
tanah lot bernombor 002567-HS118G (8691) seluas 8.475 hektar (20.942 ekar).
Pembinaan sekolah ini adalah di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK5)
1986-1990 melalui pinjaman daripada Bank Dunia. Kerja-kerja pembinaan telah
dijalankan pada bulan Mei 1989 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 1991
yang terdiri daripada dua buah blok bangunan bilik darjah dan sebuah kantin.
Pengambilan pertama pelajar sekolah ini adalah pada 1 Disember 1991. Seramai
250 orang pelajar dan 17 orang guru dan 3 orang pekerja menjadi kumpulan
perintis sekolah ini. Sekolah ini bermula dengan kelas tingkatan satu dan dua
yang mana pelajar tingkatan dua adalah terdiri daripada pelajar yang bersekolah
di SMK Badrul Alam Shah, Kemasik. Para pelajar sekolah ini semuanya terdiri
daripada pelajar berbangsa Melayu.
Latar belakang sosio-ekonomi murid kebanyakan terdiri daripada anak pekerja
sector perindustrian, peniaga kecil, pengusaha kedai makan, nelayan,dan ka-
kitangan swasta serta kerajaan. Murid-murid SMK Kijal terdiri daripada sekolah
rendah yang menjadi pembekal “feeder school” kepada sekolah ini ialah SK Kijal,
SK Meraga Beris, SK Bukit Anak Dara dan SK Ibok.
6

