Page 28 - BUKU MESYUARAT PIBG 2020
P. 28

5.3     Usul  3  :  Menyediakan  bumbung  di  dataran
                          perhimpunan.

                          Maklum  balas  :  Pengetua  menyatakan  kos  untuk
                          membina  bumbung  dataran  itu  adalah  sebanyak
                          RM180  ribu.  Hasil  kutipan  derma  yang  telah
                          disalurkan hanyalah Rm18 ribu.  Oleh sebab itulah
                          penyediaan  bumbung  dataran  ini  tertangguh.
                          Maka, pengetua meminta kerjasama dan komitmen
                          daripada  ibu  bapa  untuk  sama-sama  mengumpul
                          dana ini.

                  5.4     Usul 4 : Selaraskan waktu pulang sekolah dan wak-
                          tu pulang lebih awal.

                          Maklum  balas  :    Pengetua  menjelaskan  bahawa
                          jumlah mata pelajaran bagi menengah rendah ialah
                          10 manakala jumlah mata pelajaran bagi menengah
                          atas 11. Namun ada juga kelas menengah rendah
                          yang  mengambil  bahasa  Arab  dan  menengah  atas
                          yang  hanya  mengambil  subjek  teras  iaitu  hanya  6
                          mata  pelajaran.  Akibat  daripada  beberapa  kekan-
                          gan yang tidak dapat dielakkan maka waktu pulang
                          pelajar-pelajar  tidak  dapat  diselaraskan.  Pengetua
                          mencadangkan pelajar-pelajar yang lebih cenderung
                          balik  lewat  dari  sekolah  disarankan  untuk  tinggal
                          di asrama bagi memudahkan ibu bapa.
                  5.5     Usul 5 : Membaik pulih tandas pelajar dan menam-
                          bah bilangan tandas serta kebersihan tandas.

                          Maklum  balas  :  Pengetua  menyatakan  bahawa
                          tandas ada di setiap blok tetapi dibuka pada waktu
                          tertentu sahaja. Hal ini juga dilakukan bagi menga-
                          tasi  masalah  rokok  dalam  kalangan  pelajar  dan
                          menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab menja-
                          ga tandas serta menggunakan untuk keperluan sa-
                          haja bukan untuk merokok.




           28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33