Page 110 - Geografi Tingkatan 3
P. 110
Sumber Tidak Boleh Baharu
Sumber tidak boleh baharu ialah sumber semula jadi yang akan
habis atau pupus dalam jangka waktu yang tertentu jika penerokaan
sesuatu sumber itu tidak dikawal dan dirancang dengan baik.
Sumber tidak boleh baharu antaranya terdiri daripada sumber mineral
yang diperoleh dengan menggali atau melombong permukaan dan kerak
bumi. Terdapat sumber mineral yang digali di dasar laut seperti petroleum
dan gas asli. Sumber mineral pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu logam
dan bukan logam.
Emas
(Barangan kemas)
Bauksit Bijih timah
(Bahan asas aluminium) (Barangan piuter)
Contoh
sumber mineral
logam
Kuprum Bijih besi
(Wayar) (Barangan logam)
Portal Geografi
Layari laman sesawang yang berikut untuk mendapatkan
maklumat tentang sumber mineral di Malaysia:
Bab 6 http://bukutekskssm.my/Geografi/Tingkatan3/Nota9.html
102

