Page 135 - Geografi Tingkatan 3
P. 135

Jadual 7.4  Pengaruh teknologi terhadap kegiatan ekonomi


                       Teknologi           Kegiatan ekonomi                  Contoh
                                          • Pertanian        • Jentera membajak dan menuai padi

                                                             • Pelbagai mesin di kilang membuat pakaian,
                                          • Perindustrian
              Jentera/ mekanikal                              makanan dan perabot
                                          • Perlombongan     • Jentera penggerudian petroleum
                                          • Pembalakan       • Kren dan jentolak

              Teknologi Maklumat dan      • Kewangan         • Mesin juruwang elektronik (ATM)
              Komunikasi atau Information and
              Communication Technology (ICT)  • Pendidikan   • Komputer dan Internet
                                          • Pertanian        • Pembiakan tumbuh-tumbuhan melalui tisu
                                          • Perhutanan       • Teknologi in vitro serta rawatan silvikultur
              Pembiakan baka
                                          • Penternakan      • Permanian beradas dan suntikan hormon
                                          • Perikanan
              Polimer                     • Perindustrian    • Industri berasaskan plastik dan getah

              Penapaian                   • Perindustrian    • Industri farmaseutikal dan makanan
              Seramik                     • Perindustrian    • Bahan binaan, alatan tandas dan kraf tangan
              Robotik                     • Perindustrian    • Pemasangan kereta
              Gema bunyi                  • Perikanan        • Pengesanan ikan dalam laut

              Sistem Kedudukan Sejagat atau
              Global Positioning System (GPS)  • Pengangkutan  • Sistem pengangkutan pintar
              Seismik                     • Perlombongan     • Mengesan kawasan petroleum
              Nanoteknologi               • Perindustrian    • Pengeluaran litar elektronik

              Kimia                       • Perindustrian    • Pembuatan cat dan baja
                                                             • Pemetaan kawasan
              Sistem Maklumat Geografi atau
              Geography Information System (GIS)  • Perkhidmatan  • Menganggarkan guna tanah
                                                             • Mengesan kawasan bencana



               Aktiviti 7.1       PAK–21: Peta Minda

              Tajuk:    Faktor fizikal yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia
              Objektif:  Menghasilkan peta minda yang sesuai tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
                       kegiatan ekonomi di Malaysia
              Alatan:   Tablet atau komputer riba
              Langkah-langkah:
                1.  Murid membuat aktiviti dalam kumpulan.
                2.  Setiap kumpulan perlu menyenaraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia.
                3.  Murid perlu menyediakan peta minda yang kreatif dan dibentangkan di hadapan kelas.  Bab 7




                                                      127
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140