Page 78 - Geografi Tingkatan 3
P. 78

Taman Negara
                Taman negara merupakan kawasan yang terdiri
              daripada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan
              semula jadi, tumbuh-tumbuhan ubatan dan
              tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai.
              Tumbuh-tumbuhan di taman negara ini dijaga
              dan disimpan dengan baik bagi mengekalkan
              biodiversiti alam sekitar.
              Taman negara juga paling banyak dijadikan
              kawasan pelancongan kerana tersedia dengan
              pelbagai prasarana.
              Di Malaysia, terdapat taman-taman negara
              yang diuruskan di bawah kerajaan negeri dan
              terdapat juga di bawah kerajaan persekutuan.
               Di negeri Sarawak, terdapat 30 buah taman          Taman Negara Similajau (Sarawak)
              negara dengan jumlah keluasan 623 463 hektar
              yang ditadbir oleh Perbadanan Perhutanan
              Sarawak, manakala di negeri Sabah terdapat sembilan buah taman negara, iaitu tiga taman terestrial
              dan enam taman marin di bawah Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah.

                                                                        (Sumber: Jabatan PERHILITAN, 2015)




           Hutan Simpan Kekal
               Hutan simpan kekal di Malaysia boleh
              ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam
              sekitar kerana hutan merupakan kawasan yang
              berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi
              kepelbagaian biologi.
              Selain itu, dengan adanya pelaksanaan program
              pembangunan hutan yang terancang ini akan
              menggalakkan penghasilan dan penggunaan
              hasil hutan yang dapat memberi faedah
              kepada  ekonomi  secara  maksimum  serta
              menggalakkan pembangunan perindustrian
              berkaitan dengan hasil hutan.
              Contoh lokasi hutan simpan kekal di Malaysia        Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah)
              ialah Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah),
              Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan
              Simpan Raja Musa (Selangor).


         Bab 4




                                                      70
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83